Tuesday, February 22, 2011

Pencarian nurseri berakhir sudah...

 
Item
Taska A
Taska B
TaskaC
Kedudukan
Presint 14, Putrajaya.
Berdekatan dengan rumah.
Seksyen 4 Tambahan, B. B. Bangi. 30 minit dari rumah.
Seksyen 4 Tambahan, B. B. Bangi. 30 minit dari rumah.
Bayaran
Bawah 1 tahun: RM300
Atas 1 tahun: RM250
Bawah 1 tahun: RM250
Atas 1 tahun: RM200
Bawah 1 tahun: RM310
Atas 1 tahun: RM310
Susu Ibu
menggalakkan tapi tiada panduan
Panaskan susu guna periuk
Letak dalam peti sejuk
bayi asyik kembung perut
langsung tak menggalakkan susu ibu
pengasuh minta suruh tukar susu formula
terpaksa beli cooler bag & icepack sebab malas ambil susu ibu
pengasuh komen susu ibu buat bayi kembung & menyusahkan
bayi asyik kembung perut
sangat menggalakkan
pengasuh dilatih untuk mengendalikan susu ibu
bayi tak pernah kembung perut
Pengendalian Susu Ibu
Biarkan budak minum susu ibu sendiri
18oz utk 2bulan
Menyusukan anak semasa berbaring ditilam
Bagi air masak untuk anak bawah 5bulan tanpa pengetahuan ibu
9oz-15oz utk 3bulan. (tak konsisten)
Menyusukan sambil memangku anak.
Konsisten 12oz utk 5bulan
Kebersihan
Persekitaran: agak bersih. Tingkap dibuka, dipasang aircond dan kipas.
Botol: Puting botol avent sering tertukar dan agak kotor. Tetapi, bila tukar puting botol pada biasa, agak bersih.
Tuala: Tak pernah sidai selepas mandi pagi dan petang.
Berus gigi: Tak pernah gosok gigi selama 1 tahun
Persekitaran: agak kotor. Tingkap tidak dibuka, dipasang aircond dan kipas.
Husna ada tanda merah dipipi walaupun duduk 2 bulan. Nazhan pula ada kudis kat belakang telinga. Kulit semakin kering kat siku&lutut.
Botol: Puting botol kotor dan tidak dibasuh dari pagi
Tuala: Sidai selepas mandi pagi dan petang.
Berus gigi: Tak pernah gosok gigi selama 2 bulan
Persekitaran: agak bersih. Tingkap dibuka dan dipasang kipas.
Botol: Puting botol bersih.
Tuala: Sidai selepas mandi pagi dan petang.
Berus gigi: ada program bagi anak bawah 1 tahun (tiada bukti kerana tidak melihat berus gigi)
Kedudukan bayi & kanak-kanak
Bayi diletak ditingkat atas. Tiada tangga dibahagian belakang sekiranya berlaku kecemasan.
Bayi diletak ditingkat atas. Ada tangga dibahagian belakang sekiranya berlaku kecemasan.
Bayi diletak ditingkat bawah dan diletakkan pagar sekeliling. Budak setahun walaupun tidak boleh berjalan akan diasingkan.
(mengikut JKM) Tiada tangga dibahagian belakang sekiranya berlaku kecemasan.
Program Pembelajaran
Pengasuh dulu akan keluarkan permainan. Pengasuh selepas itu hanya menonton tv dan tidur. (berdasarkan pengusaha nurseri)
Nazhan diletakkan dibilik bayi kerana badannya kecil. Dia tak belajar apa-apa kecuali bermain sahaja.
Program pembelajaran yang teratur dari bayi 2 bulan hingga 4 tahun oleh kakak TAB (Tenaga Asuh Bimbing). Buktinya, Nazhan menyanyi lagu ‘Nenek sudah tua’ dan cakap ‘kuning, hijau, merah’ dalam masa 2 minggu.
Pengasuh
Pengasuh selepas itu biarkan Husna menangis tanpa henti sampai tiada suara utk 3 hari. (berdasarkan pengusaha nurseri) 3 pengasuh akan mendera budak yang nakal, mengunci budak dalam bilik. Pernah depan mata sendiri, pengasuh pukul punggung budak, bila perasan (saya) terus cakap ‘sayang, sayang’. Sangat terkejut apabila mendpt tahu pengasuh tidak solat & tidak puasa. Maknanya, selama ni Nazhan makan makanan org yg tak puasa. (???Astaghfirullah!!!)
Pengasuh agak penyayang tetapi tidak didedahkan dengan ilmu-ilmu baru. Agak kekampungan sebab tak kisah psl kebersihan, masih menggunakan buaian dan tak didedahkan mengenai susu ibu atau cloth diaper. Penyelia mengugut kalau ibubapa banyak komen, pengasuh akan biarkan budak dan mendera budak. Pengasuh tarik muka masam utk program potty-training.
Pengasuh penyayang dan tegas dengan budak-budak. Banyak aktiviti utk budak mengikut peringkat umur sebab nampak perkembangan pada mereka. Terdedah dgn pengendalian susu ibu & cloth diaper. Siap basuhkan CD & baju budak yang terkena kencing. Ibubapa akan menerima surat dari taska bagi program 21 hari spt makan pejal (5bln), berus gigi (1tahun) dan potty training(2 tahun).
Pengusaha Nurseri
Pengusaha tidak bekerja, menumpukan pd nurseri & tak berkahwin. Sering ambil lewa dgn apa yg ibubapa komen. Tidak beritahu pd pengasuh apa yg ibubapa komen.
Pengusaha bekerja, menumpukan pd nurseri dan hanya melawat nurseri sekali seminggu. Pengusaha terlalu bergantung pada penyelia.
Pengusaha bekerja dan menumpukan pd nurseri. Menyelidik dahulu apa masalah sebenar / komen dr ibubapa sebelum mempercayainya. Masalah dapat diselesaikan dgn cepat.(dlm ms 2jam)
Reaksi Husna
Husna kerap kembung perut, asyik nangis malam2 dan hisap susu dengan banyaknya setiap malam.
(3 minggu di nurseri)
Husna kerap kembung perut.
(2 bulan di nurseri)
Husna dah tak kembung. Senang tidur.
Reaksi Nazhan
Nazhan asyik nangis setiap malam bila pengasuh yg lama berhenti. Andaikan itu adalah perangainya sebab hampir 3 kali setiap malam menangis.Rupanya itulah reaksinya sbb kena marah dgn pengasuh. Menangis setiap kali ambil dia ms ptg sambil pegang begnya.
Dah tak nangis malam2. Semakin riang, nakal dan banyak cakap. Nampak perubahannya. Pegang tangan kakak bila sampai nurseri.
Pernah tersenyum ms malam2 (smbl tidur). Riang, nakal dan banyak cakap. Nampak perubahan bila sebut perkataan baru ‘kuning, hijau, merah’dan menyanyi lagu ‘Nenek sudah tua’.

3 comments:

  1. asslamualaikum..
    blh sy tau taska c di mana eh?
    sbb sy stay sek 4 gak

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, tak perasan ada komen. Taska C ni taska al-humaira,kalau tak silap 4/7H kot. Kena cek balik jalan berapa..

    ReplyDelete
  3. Boleh sy tahu taska B tu taska yg mane? Sbb sy tengah survey taska ni,kan terkene taska tu parah oo

    ReplyDelete