Sunday, November 20, 2011

I want mama! (Chatting with Maknah~d owner of Humaira..) on 21 Nov 2011

Me:Salam,maknah.nazhan n husna meragam lg ke cm ari tu?smlm p keje,bw adik dia.abah dia bzkms nk pndh rmh.ble sy blk ptg,nzhn nangis.tp xla kuar air mata byk.skit je.tp lama jga dok kesat mata.husna mmg nk berkepit je lately ni.nazhan pun nak dok beriba.

Maknah:Nak pindah plak?Pndh mana? Minggu lps,mmg fragile nabeelah. Jumaat xbole bgn,tersentuh langsung. Sntiasa merengek.Nak tdo nangis,bgn kakak xde,nangis.Hrini nmpk ok.Nazhan x aktif hari ni.Nak tiarap je mlepek kat simen.Pgil baru bgn.

Me:Oh yeke.Nazhan tdo lmbt smlm n lgsg xtido ptg.Mgkn ptg skit ok.Mmg nk pndh ke kjg. Dh ltk kt form biodata diorang.Nanti ptg sy follow up lg psl nazhan.Nabeelah tu seharian dgn dia kat ofis semalam.

I want mama! (Chatting with Maknah~d owner of Humaira..) on 10 Nov 2011

Maknah:Cbuk sgt ke skrg? Nazhan pun da fragile.Sikit2 nangis.Nabeelah pun tak boleh tgk Maknah bangun.Nak bergantung je.Xboleh hilang.

Me:Nape nazhan nangis?Nabeelah tau sbb abg dia suka nyakat dia-pukul,tendang,gigit,.tu yg sllu marah Nazhan.Agak sibuk.Kadang2 sabtu berebut dgn abah dia nak kerja.Hari ni & esok saya samapai kul 9pm.Ketara ke diorang asyik nangis?

Maknah:Memg sgt2.Nazhan, xdpt main@nak yg kwn,nangis mleret2 lmbt nk berenti.Nabeelah sllu boleh main sendiri,hbs susu,nyanyi2,tdo sendiri.Lately,xble kakak/maknah hilang.Masuk blk air pon xble.Kwn dkt,tsentuh nangis.Bgn tdo,nangis.Kalo kita duduk,elok la panjat2.Bdiri je nangis.1 je xberubah.mkn ++.

Me:nangis bc msg m.nah.sedih bile xdpt fokus pd anak.Igt nk buka bisnes sendiri.kalau ok,rasa nak berenti kerja swasta ni.

Maknah:Xpe nangis skrg.Tanda sedar anak makin rapat dgn kite n perlu perhatian.Bab ni taska alone mmg xbole bantu kalau parents tak alert.Kami boleh bg apa yg termampu.Tapi tetap xsama dgn mama abah.

Wednesday, August 3, 2011

Sejuk Perut Ibu Mengandung!

Alhamdulillah walaupun ibubapa bekerja, namun anak masih dapat menerima pembelajaran hands-on dari kami. Or else, maybe after tukar nurseri yg berorientasikan islamik, Nazhan sbg abang sulung menerima ajaran langsung dari empunya taska humaira, Maknah @ Hasnah Ngah. Abah akan pergi Masjid Dato Abu Bakr Baginda nak solat terawih. Mama or umi pula akan solat di rumah sambil menjaga anak-anak. Sangat terharu coz Husna n Nazhan akan bermain sesama mereka yg kdg2 terpaksa tahan gelak tanpa mengacau mama solat. Alhamdulillah masih dapat mengerjakan solat terawih sendirian...moga2 dapat pahala kerana menjaga 2 orang khalifah Allah sambil melakukan ibadat.

Semalam 3 Ramadhan 1432H or 3 Ogos 2011: (adik tidur kepenatan slps mkn drumstik ayam organik Zain)

Mama: Oklah, abang. Mama solat dulu tau. (selepas melayan dia main hampir setengah jam. Masa tu dah 9.15pm). 
Nazhan:Abang nak amik wudu'. Nak solat.
Mama ambil wudu sebab Nazhan leka dgn mainan. Tetiba, pintu terbuka, Nazhan nak ambil wudu'.
~Sesi ambil wudu' dgn Nazhan.
Nazhan: Mama, mana songkok abang? Abang nak solat ni.

~Mama pun ambil songkok yang dihadiah oleh Pak Teh. Sambil tu, Nazhan pergi ke meja solek dan ambil muqaddam. Muqaddam tu mama punya masa kecik2.





Mama: Ni songkok abang. Jom solat dengan mama.
Nazhan: Nak amik wudu'. Nak solat. Nak baca qur'an..
~~Bangga hati mama, moga Nazhan jadi anak soleh!!~~
Mama:Nazhan dah amik wudu'. Kan tadi amik dengan mama.
Nazhan: Nak baca qur'an. alif ba ta tsa jim ha kha.. (Haha,berguling2 Nazhan baca muqaddam kat atas katil)

Monday, August 1, 2011

al-Humairaa Genius Kids Centre

1 Feb
Cute Paperbag and isi dlm

Sebaikla nama tulis betul..no emi or no bella

Sgt cute bila letak kat dlm kereta..,mychild magazina pon sgt berfaedah

Muzdalfa Fried Chicken

Alternatif bagi KFC or McD or Pizza Hut adalah Muzdalfa Fried Chicken. Empunya restoran ni orang kelantan yang kawen dgn org Turki / Pakistan. Setiap hari lalu restoran ni, so mmg sgtla terliur. Located at Sect 8, Bandar Baru Bangi. Ni reaksi Husna bila makan ayam goreng. Huhu, mcm mak dia...suka mkn tulang ayam...



Tak tahan tuuu...Husna mmg habiskan semua isi ayam yg boleh digigit dengan gigi dia..huhu..  :)

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem dan Eid Mubarak!

Alhamdulillah. Dah masuk tahun ke 4 saya menyambut Ramadhan bersama suami. Tapi, inilah puasa kali ke 2 yang saya tak bersalin n tak berpantang..haha. Disebabkan abah diorang ni lahir 10 Ramadhan, makanya 2 anak saya lahir 9 Ramadhan. Jenuh nak ganti puasa...:p Sebenarnya kakak iparku pun lahir bulan Ramadhan dan 2 anak dia pun lahir bulan Ramadhan juga...hahha

2008
Bersalinkan Hilmi Nazhan pada 9 September @ 9 Ramadhan
Sambut Ramadhan Kareem dan Eid Mubarak @ Shah Alam

2009
Sibuk nak kena ganti puasa. Sempat puasa 10 hari je. Then kena bayar fidyah, 2 kampit beras.
Sambut Ramadhan Kareem dan Eid Mubarak @ Ipoh
Seminggu raya demam coz penat kemas rumah, pack beg blk kg then jaga Nazhan sbb nurseri bgtau   last minute

 2010
Bersalinkan Nabeelah Husna pada 19 Ogos @ 9 Ramadhan        
Sambut Ramadhan Kareem dan Eid Mubarak @ Shah Alam

2011
Kena ganti puasa lagik. Sebaik tinggal 8 hari je. Then kena bayar fidyah, 1 kampit beras 5kg.
Sambut Ramadhan Kareem dan Eid Mubarak @ Ipoh...naik kereta Alza baru yey!!!
Bolehla adik2 ipar tumpang kereta sbb muat ramai org then bole angkut kuih2 raya..hahha!
Hopefully la xdemam lg,nti kene marah dgn abah diorang ni..

Monday, July 18, 2011

Peluang itu menerjah ke diari kanvas ku!

Saban tahun aku mengeluh membayangkan kontrak setahun aku tidak diperbaharui. Berhempas-pulas aku membuat kerja, namun kerja aku tidak dihargai kerana aku tidak memasukkan elemen 'membodek bos' dalam tugasku. Sekiranya hal itu salah, aku dengan lurusnya aku mengatakan salah. 1 + 1 = 2, bukan 1000. Selagi ia tidak mendatangkan objektif, maka aku akan pangkah. Itulah dunia kerjaya aku yang aku harungi setiap hari. Bila penghujung tahun menjelang, pastinya aku akan menghubungi kawan-kawan untuk menjadi penolong penyelidik (RA) di universiti. Hampir 3 tahun aku di sini, setiap kali kontrak aku tamat, hatiku gusar membayangkan aku akan berhenti kerja. Lebih dari 5 kali aku menemuduga, namun rezeki untuk menjadi staf tetap belum sampai. Bahagian HR perlukan khidmatku, namun awal-awal lagi bosku sudah memberitahu bahawa aku pekerja yang tidak produktif walaupun prestasi kerja memang baik.

Status kontrakku membuat aku gelisah:
  • Tak boleh buat loan
  • Rasa nak berhenti kerja..sebab bos yang xbest
  • Sentiasa rasa tak selamat saban tahun
  • Kena lakukan kerja sampingan seperti menulis buku atau berniaga (tengok perancangan utk tahun 2011 yang tidak diikuti.. :) )
  • Tak tahu masa depan..tak tahu nak jadi apa sebab xpakar dalam satu2 bidang
 Kebaikkan kerja tempat lama:
  • Masa yang sangat fleksible..boleh datang lambat kalau pagi tu ada temujanji dengan klinik kesihatan
  • Cuti yang banyak,25 hari..sampai boleh claim..boleh amik EL kalau anak demam
  • Ada aktiviti islamik macam ihya ramadhan, nuzul qur'an, maulidur rasul
  • Kawan-kawan yang sangat ramah...haha,terlebih ramah
  • Lokasi kerja yang berdekatan dengan nurseri dan rumah
 Dari situasi senang, aku berhijrah ke situasi yang agak sukar. Aku mahu TUKAR KERJA walaupun ia adalah cabaran untuk aku sebagai mak. PELUANG ITU HANYA SEKALI. Walaupun pahit untuk aku membuat keputusan, tapi itulah yang terbaik untuk aku, masa depanku dan keluargaku. ALHAMDULILLAH! Aku dapat peluang untuk menjadi ASSISTANT PROJECT MANAGER di salah sebuah software house di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Aku akan melakukan dengan bersungguh-sungguh untuk diserapkan sebagai staf tetap.

Kebaikkan vs keburukan:
  1. Lokasi jauh buatkan susah utk lawat anak atau hantar susu kalau susu tak cukup (sebaik husna dah setahun...kira point tak valid)
  2. Lokasi jauh dan selalu 'jam', tapi anak tak bawa sekali (kira point tak valid)
  3. Gaji agak tinggi tapi kena income tax yg boleh tukar jadi zakat  (kira point tak valid)
  4. Kenaikkan gaji setiap tahun agak tinggi berdasarkan prestasi...dan dapat cover balik tol & minyak (cover balik no 1 & 2)
  5. Kerja yang sangat SPECIALIZED
  6. Yang penting adalah TETAP..
Jadi bila fikir2 balik, lagi banyak kebaikkan dari keburukan bila tukar kerja baru..

Hasnah~counting the days~ 5 Sept 2011!

Sunday, July 17, 2011

We Plan Allah Plans But Allah Is The Best Of Planners

Terkedu dgn ayat surah al-Anfal 30...
ÙˆَÙŠَÙ…ْÙƒُرُونَ ÙˆَÙŠَÙ…ْÙƒُرُ اللَّÙ‡ُ ۖ ÙˆَاللَّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ...kita membuat perancangan dan Allah membuat perancangan, namun Allah sebaik-baik perancangan..yang penting adalah KESABARAN...
Sejak berkahwin, mempunyai kerjaya dan anak-anak, TANGGUNGJAWAB semakin berat untuk dipikul. Namun, berat bahu itu dibahagi pada DUA iaitu pada suami yg bersedia meminjamkan telinga beliau sehingga banyak uban...hahaha..juga pd umi yg sentiasa prihatin dan JUGA K.JA YG JAUH kt HONG KONG tp still dgn leteran anak sulungnya..hahha
Sesungguhnya, pada satu-satu masa memang Allah akan menguji kita..sekiranya, bukan nurseri, bukan pasal ipar duai, atau mungkin pasal kawan-kawan pejabat, diujinya dengan kerjaya..I'm haunting for a permenant job for almost 2 years...Tapi Insya Allah kriteria yg kriteria yg dicari ialah;
  1.  Kerja yg mendekatkan diri pd ALLAH..(harap2 bole la solat dhuha n hajat)
  2. Kerja yg menjadikan aku ISTERI SOLEHAH n IBU MITHALI..(harap2 lps ni aku masih dpt menjalankan tugas isteri dan ibu..wpon nk kerja swasta, selama ni kt gomen..gementarnyeee)
  3. of course la..TETAP..xla asyik kena ugut dgn bos yg kebudak-budakan, dah renew 3x pun n kerja mmg perform diakui oleh dept lain,tp asyik cakap 'apa yg kamu buat...kalau setakat ni je yg awak buat, budak lepas SPM pun boleh buat'..haha,bye-bye bos :) cari pengganti lain i yg lg superb n pandai BODEEEEKSSS!!!
  4. BANYAK MASA KT RUMAH, wpun kena jauh berjalan atau byk kena jalan2...haha,mana taknya aku dikenali sbg xpandai bawa kereta atau bawa kereta tp high-risk antara adik-beradik..(rumah@putrajaya, taska@bandar baru bangi, ofis mama@kajang, ofis abah@cyberjaya)
  5. SPECIALIZED...Alhamdulillah sgt2, ni mcm nk sujuk syukur je..msk gomen ni semua la aku buat dr keje technician smpila keje buat paperwork pangkat F48 wpon aku hya la F41..kuikui..dpt ASSISTANT PROJECT MANAGER...fuh,bestnyeee!
  6. the RIGHT TIME, the RIGHT PLACE, the RIGHT POST n bonus if get the RIGHT MR BOSS!
haha...dah melalut pula..namun, ujiannya ya ALLAH,hanya Allah sahaja yg tahu betapa sabar itu hampir mencecah awan..menggunung dan menggunung...tq jga buat kwn2 sekapal iaitu nizam, zakry dan sarafidah yg sama2 diuji oleh BOS ITU!!!

i'm counting the days to leave my beloved office!..
Sebenarnya, inilah pejabat yang sangat BEST dan HAPPENING..kenapa? sebab disinilah aku dapat bergaul dgn semua lapisan masyarakat dari pemandu, juruteknik, kawan2 yg setara dan kawan yg tembak belakang...manis betul kenangan..DAN juga AKTIVITI ISLAMIK..yg sgt best! ihya' ramadhan, nuzul al-qur'an, maulidur rasul...smpi kalau buat program, confirm lengang je kerusi..huhu.apakan daya tempat ku hanyalah BERSTATUSKAN KONTRAK SEMATA...

hasnah ~da contract staff~

buku vs blog

Berehat sebentar dari menulis blog, tidak bermakna aktiviti menulis tidak berjalan...Haha, hampir 5 bulan mengizinkan diri untuk tidak menulis di blog sebab betul2 nak fokus pada aktiviti menulis buku. Buku dah siap dan gambar pun sudah disusun dgn cantik dlm folder.Dah hantar pun pd k.syikin,editor buku. Last2,xsemangat nak menulis lagi kat buku..Kenapa? Sebab mukasurat hanya 60 je lps dah double spacing dan guna Times New Roman saiz 12. Penerbit nak buku lebih dr 120 ms...Haha, sebenarnya konsep buku saya tu byk diringkaskan pada bentuk table sbb nk mudahkan pembacaan utk readers..yg sekapal dgn sy la...dh xsmpt bc buku sejak bergelar ibu :)

Bagi yg ingin menulis buku tapi xde ms byk sgt mcm sy , sy guna tips2 mcm ni:
  1. Tulis mindmap kt buku..pastikan tajuk dan pecahan tajuk di buat secara detail (Khaskan 1 buku)
  2. Gunakan masa2 yg terluang untuk berfikir utk tambah idea..(sy fikir dlm kereta lps htr anak ke taska setiap hari...adalah dlm 10min)
  3. Terus tulis kt 1 buku khas bila dpt idea..
  4. Menulis masa awal pagi...(haha,ni xtaula korang boleh ikut ke x...sbb sy tido awal dlm 9mlm,then bgn 2pg hingga anak nak nyusu dlm 4-5pagi)
  5. Surfing ni mmg la xboleh nak pisahkan..byk maklumat dlm internet yg free
Huhu, sekiranya ada sesiapa berminat nak tulis buku, boleh la dpt free consultation dari sy yg pernah tulis satu buku ni sahaja...haha..sebab saya simpan semua dokumen sebelum buku ditulis..mcm;
  1. Panduan Penghantaran Manuskrip
  2. Apakah Itu Hak Cipta
  3. Maklumat Penulis
  4. Sistem Royalti
Ini iklan sikit...tak sangka buku sy msk dlm kamus wikipedia..haha...kalau ada sesiapa nak beli buku, boleh beli kat cni..bookcafe.com atau e-kedai.net

Ikhlas dari, 
Mama Nazhan & Husna :)

Sunday, March 27, 2011

Susu Nazhan-Biolac..

Baru tahu kebaikan BIOLAC..dah setahun Nazhan minum susu ni.Tau susu ni pun dari HPA. Bagusnye sbb org Islam yg produce. 



Kenapa Biolac?

"Susu Biolac : Minum Hari Ini Untuk Masa Depan"
1. Meningkatkan konsentrasi dan keupayaan kognitif. Menyuburkan neuron otak.
2. Memelihara sistem penghadaman bayi
3. Menguatkan tulang dan memelihara enamel gigi.
4. Membentuk sel darah merah
5. Melembutkan kulit dan mengekalkan kelembapannya.
6. Menajamkan penglihatan
 

Susu adalah penting bagi kanak-kanak memperolehi nutrisi seimbang untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan otak mereka. Pada ketika ini, mereka memerlukan semua khasiat untuk kesihatan mata, kulit, gigi dan tulang yang optimum.

Namun tanpa disedari, melalui susu juga kanak-kanak boleh terdedah kepada bahaya seperti kewujudan melamin dan dioksin di dalam susu. Di negara yang memiliki tenaga nuklear, sumber produk tenusu boleh terdedah kepada bahaya bahan radioaktif tersebut. Oleh itu, selain daripada formulasi, sumber produk tenusu juga perlu diberi keutamaan.

Keistimewaan susu BIO-LAC yang menjadi kegemaran bayi, telah dirumus mengikut nilai keperluan pemakanan garamtisu Biokimia (BTS) Dr. Schuessler, yang berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khusus untuk tumbesaran. BIO-LAC formulasi Prof. Dr. Hj Azizan b. lsmail (Allahyarham) menjadi sumber nutrisi yang utama dalam tahun-tahun awal kehidupan bayi. susu BIO-LAC menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai dengan konsep piramid makanan, jika diambil bersama makanan pelengkap yang seimbang.

BIO-LAC yang telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2001 ini dipasarkan oleh Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Sumber tenusu BIO-LAC diimport dari New Zealand yang sememangnya terkenal dengan kualiti persekitaran dan penyedlaan susu yang terbaik di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik, tetapi sekiranya perlukan susu ganti, BIO-LAC memenuhi keperluarn bayi anda.

BIO-LAC membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
Kebanyakan susu formulasi telah hilang unsur 'immunological' ketika dalam proses penghasilannya. Unsur ini penting dan berperanan meningkatkan daya pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit. BTS di dalam BIO-LAC membantu tubuh berhadapan dengan pelbagai stres termasuklah inflamasi, demam mendadak, kecederaan, pendarahan, panas badan dan sebagainya. Pengambilan susu formula BIO-LAC mampu menghindarkan bayi anda daripada masalah inflamasi akut yang kerap berlaku di kalangan bayi sepeti batuk, sakit sendi, bronkitis, keletihan dan jangkitan kulit.

Keistimewaan BTS (Garamtisu Biokimia Schuessler) berbanding asid lemak yang biasa.
Di dalam susu terdapat asid lemak yang terdiri daripada DHA, EPA, AA dan GLA yang perlu untuk tumbesaran tubuh dan keperluan fungsi otak. Namun, dalam sesetengah keadaan, proses oksidasi sewaktu penyimpanan asid lemak boleh
mengakibalkan cirit-birit selepas pengambilan susu formula. Reaksi bersilang makanan bukan sahaja akan mengganggu tumbesaran, malah turut mempengaruhi perkembangan dan perlakuan seperti hiperaktif, kurang konsentrasi, gangguan tidur, emosi dan perilaku yang lain.

Konsep BTS disediakan melalui kaedah penyediaan molekul yang diperhaluskan. BTS akan diserap melalui sel epitilium lidah dan meresap terus ke dalam sistem pengaliran darah. BTS kemudiannya akan dihantar terus ke sel-sel yang
memerlukannya, tanpa melalui proses penghadaman seperti biasa. Proses ini berlaku dalam tempoh yang sangat pantas.Kuantiti yang diperlukan oleh sel hanya sedikit sahaja, namun mampu memberikan kesan yang optimum dan menyeluruh kepada tubuh.

Peranan BTS didalam formulasi BIO-LAC kepada otak bayi.
Sel otak sudah mula terbentuk sejak di dalam kandungan lagi dan jumlahnya semakin meningkat menjadi jutaan di usia 2 tahun. BTS di dalam susu BIO-LAC membantu menyuburkan dendron dan dendrit untuk mewujudkan hubungan antara sel bagi membentuk rangkaian fungsi. Kualiti rangkaian antara sel ditentukan dan dipengaruhi oleh rangsangan dari persekitaran dan nutrisi. Kekuatan daya ingatan boleh dilakukan oleh BTS sebagai nutrisi otak. Proses elektrokimia penting untuk meningkatkan keupayaan tenaga mental. la memerlukan mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium untuk membolehkan otak melakukan proses ini yang bedaku antara 100,000 hingga 1,000,000 kali sesaat. Ciri-ciri keperluan untuk proses elektrokimia tersebut terdapat di dalam formulasi BTS ini.

BTS di dalam BIO-LAC penting untuk tumbesaran yang normal. la membantu pertumbuhan saraf dan otot. Keupayaan kognitif bayi boleh dirangsang sedari awal lagi. Penyerapan maklumat berlaku dengan pantas dan bayi cepat memberi
refleks terhadap persekitaran. Garamtisu inorganik BTS di dalam susu BIO-LAC penting untuk keperluan neuron otak. Seperti juga Selenium dan Vitamin E, ciri-ciri antioksidan terdapat di dalam BTS berfungsi untuk meningkatkan kekebalan
sistem tubuh. la penting untuk memelihara kesihatan mental, mengurangkan keletihan otot, masalah depresi dan keresahan ketika tidur.

Peranan BIO-LAC dalam memelihara sistem penghadaman.
Sistem penghadaman bayi melibatkan organ yang paling sensitif. Oleh sebab itulah, pertukaran susu ibu kepada susu formula perlu dilakukan secara perlahan iaitu sekurang-kurangnya 2 minggu untuk membolehkan sistem pencernaan
mengadaptasi perubahan ini. Kebiasaannya, ketika ini akan berlaku cirit-birit atau sembelit bergantung kepada jenis susu formula, bancuhan dan kandungannya. Bancuhan susu formula yang terlalu pekat boleh menyebabkan sembelit dan jika
terlalu cair, boleh mengakibatkan cirit-birit. Perubahan warna najis juga mempunyai kaitannya dengan susu formula yang digunakan. Najis berwarna coklat kekuningan menunjukkan terdapat sisa susu formula tersebut di dalam usus. Najis berwarna hijau pula menandakan terdapat kehadiran zat besi yang berlebihan di dalam susu formula tersebut. Susu formula dianggap normal selagi bayi tidak sembelit atau meragam. BTS di dalam formulasi susu BIO-LAC bertindak mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan bakteria baik dan memelihara sistem penghadaman. Sesuai diminum bagi mengurangkan masalah sembelit, kembung, koliks, diarea serta alahan.


Kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.

Kandungan kalsium yang terdapat di dalam formulasi susu BIO-LAC berperanan merangsang pembentukan tulang dan gigi bayi. Kehadiran vitamin D3 pula membantu tubuh dalam penggunaan kalsium dan fosforus. lstimewanya susu BIO-LAC adalah kerana BTS memiliki saiz molekul yang sangat halus dan senario ini akan membolehkan penyerapan kalsium pada kadar optimum tanpa melebihi had keperluan tubuh. lnsyaAllah, bayi akan menjadi semakin aktif dan cepat berjalan kerana struktur tulang yang semakin kuat dan sempurna. Susu BIO-LAC juga sesuai dijadikan sebagai persediaan awal untuk melambatkan proses osteoporosis apabila menjelang hari tua kelak.

Zat besi menjadikan anak anda lebih sihat dan aktif.
Apabila bayi semakin membesar dan aktif, kepeduan terhadap zat besijuga akan semakin meningkat. Simpanan zat besi yang semakin berkurangan dalam tubuh dan kelemahan penyerapannya oleh tubuh apabila bayi meminum susu formula
boleh menyebabkan berlakunya masalah seperti anemia, pucat, lesu dan mudah diserang demam. Masalah ini dapat diatasi dengan pengambilan susu BIO-LAC kerana sifat BTS yang halus membolehkan sel tubuh menyerap zal besi pada tahap optimum dan efisyen. Maka, tidak hairanlah jika kanak-kanak BIO-LAC lebih pintar, sihat dan aktif berbanding kanak-kanak yang lain.

Tuesday, March 15, 2011

Program Potty Training Nazhan 21 hari (13 Mac 2011 & 18 Julai 2011)

Salah satu sebab kenapa mama Nazhan pilih nurseri al-Humairaa, Bangi adalah program bersepadu yang mengikut peringkat umur. Bagi Nazhan yg berumur 2 tahun 5 bulan, agak lambat juga pendedahan program ni yg sepatutnya bermula 1 tahun 11 bulan. Baca kat artikel lunatots, kencing budak 2 tahun ke atas lebih berasid sebab keupayaan buah pinggang pada tahap umur sebegini berjaya menyingkirkan makanan yg masuk diperut.

Actually, masa Nazhan kat nurseri lama dah request. Tapi, pengasuh tu tarik muka masam dan mengomel padahal agak rapat juga hubungan mama dan Nazhan dengan dia.Mama Nazhan memang sangatla bersungguh nak ajar potty ni, sampai beli potty bench & potty extender. Haha...tp Nazhan x guna pun. Dia kencing mencangkung je. Potty bench tu dia pakai buat topi, pakai kat kepala ;D Pernah la try 2-3 weekend, tp rasa xbersungguh bila bbysitter Nazhan tarik muka.

Program 21 hari.

Hari 1-Ahad
3 kali accident. Tapi dah 2 kali BERJAYA kencing di tandas.Haha...Nazhan seronok sangat. Siap bagitahu kat abah. 'Cing, bah'. Huhu...pagi2 memang Nazhan minum air banyak. Stgh liter, so no wonder la die kencing banyak. Lepas je mandi dah terkencing, then 15min, 20min, 30min. Huhu...

Hari 2-Isnin
Kata kakak, Nazhan 2 kali je accident. Terkejut juga. Syaratnya selang setengah jam, bawa ke toilet. Masa ni tak tau kena bawa 5 helai baju, sebab biasa bawa 3 pasang baju. Sian kakak, diorang basuh baju dan sidai bawah terik matahari.

Hari 3-Selasa
Huh! Tak dapat bayangkan cam mana kakak kena lap 'hasil' Nazhan. 8 KALI ACCIDENT!!! Yang kelakarnya, kakak tiba-tiba je rasa panas. Rupanya Nazhan terkencing dekat tangan dia dan terkena beg dia. Sori..mori..kakak...Superb dgn kakak..Diorang basuh beg Nazhan & jemur bawah matahari. Bila malam Nazhan langsung tak kencing n pampers dia pun agak kering berbanding hari sebelum2nya.Bila tanya pada k.ika,rupanya tengahari masa tidur pun pampers Nazhan agak kering. Mungkin dah banyak terlepas kat luar...hehe ;)

Di sebabkan program 21 hari dah berlalu dan Nazhan masih tak boleh ikut program, toilet training pun dihentikan sebulan. Maknah, owner Humairaa kata stopkan dulu sebab dia tak bersedia dari segi emosi. Abah dan mama pun berhentikan. Rancang nak berhenti sebulan, tapi ditambah sebulan sebab Abahnya nak exam...Mama nya pula rasa xconfident sebab Mama selalu ngelat nyusukan Husna..hahha

So selepas 2bulan, 4 Julai 2011 pun bermula la kembara Nazhan pegi ke toilet..hahaha..
Abah dan mama guna method yang SANGAT NEGATIF iaitu;
  1. Angkat Nazhan ke toilet walaupun dia taknak
  2. Paksa dia kencing..kalau dia tak kencing, dok kat toilet sampai 40min, sampai Nazhan merayu-rayu..'Nak pakai seluar'
  3. Abah marah2 dia dan give up
  4. Mama pula membebel
Memang PATUT NAZHAN STRESS & RENDAH DIRI
----------------------------------------------------------------------------------
16 & 17 Julai 2011
Method yang positif:
1. Mama baca website yg quite comprehensive pottytrainingconcepts 1 hari
2. Call Maknah dan tanya pendapat. Maknah kata jangan marah-marah, banyakkan explain kat Nazhan sebab biasalah budak-budak kena terangkan satu-satu. Contoh; Hari kedua potty training, Nazhan tahan kencing dan kencing di pampers dia masa tengahari sampai basah tilam. Maknah explain, bagitahu yang 'abang jangan tahan kencing kat toilet, kesian Maknah dan kakak kena basuh tilam. Tengok, abang dan kawan-kawan dah tak bole tidur kat tilam lagi'.
3. Belikan seluar dalam kartun. Beritahu yang traktor atau lori bagitahu mama yang dia senyum sebab abang beritahu mama abang nak kencing or else bagitahu yang lori nangis sebab abang kencing kat dia
4. Abah dan mama depa kan tangan dan peluk dia. Dokong dia untuk dapatkan reward.
5. Nazhan dapat star utk setiap kali kencing kat toilet...haha ni tiru aksi Nanny 911. Mula-mula kitorg padam star bila dia accident,tapi mcm dia tak kisah. So,kitorg hanya tambahkan star je.


Akhirnya, Nazhan, abah dan mama berjaya juga dalam kembara potty training! Nazhan gembira sebab bila kira star,dapat 25 star utk sabtu n ahad je. Walaupun sebenarnya Nazhan dpt 2-3 star utk sekali je kencing. Yang pasti, dalam masa potty training, ajak dia mengira sekali. :)

Sebaikla mama xbeli patung Potty Training Doll Scotty...kalau jual kat Malaysia,memang Mama beli je..utk Husna ni abah dah cakap mama kena training pula..nanti mama beli Potty Patty utk Husna tanpa abah tahu..hahha :)


When potty training, you the parent, need to figure out what method you are going to use. Potty Training In One Day is a proven method, that has your son "teach" a potty training doll how to go potty. By having the child "teach" the doll, the child is learning the method in a fun and interactive way.
The Potty Scotty Kit includes some basic potty training products:
1) Potty Scotty Doll- This Potty Training Boy Doll that is Specially Designed to Potty Train.
    He is an anatomically correct drink and wet-on-demand doll. He can drink water and hold it until you want him to go pee. He can pee standing up or sitting down.™ He is 16 tall and is dressed in a 2 piece outfit, so that the pants can be removed when potty training. He is also wearing a diaper underneath his clothes. Click here for Operating Instructions for the doll.
He conforms to the safety requirements of ASTM F963.
2) Two bottles for Potty Scotty.
    These are specially designed doll bottles to feed the Potty Scotty Doll water, so he can pee.
3) Three "Big Kid" doll underwear
    This underwear is like the child's potty training underwear. Potty Scotty will change into this "Big Kid" underwear, along with your child on the day of the training which I like to call the "Big Day". The additional underwear is to change the doll when he has an accident on the "Big Day".
4) A Guide for Today's Parent - Potty Training Book
    This book walks parents through the entire potty process from determining if their child is ready, to how to handle bowel movement training and bed wetting. It answers common questions such as:
  • At what age should I start potty training?
  • How do I know if my child is ready to be potty trained?
  • What should I do?
  • How should I potty train?
  • What does potty training in one day mean?
  • What about Bowel Movement Training?
  • What should I do if my child resists training?
  • How do I handle night time potty training and bed wetting?
  • and much more.
  • The goal is to help parents prepare for this important developmental milestone and make it a positive and memorable experience for both parent and child.
5) A DVD for Today's Parent (OPTIONAL)
Now you can learn the potty training in one day method, step-by-step, through this visual journey. Potty Training In One Day DVD is a great resource on "the big day", and have benefited hundreds of parents.
You will discover:
  • Why Potty Training In One Day really works
  • How to know if your child is ready for potty training
  • What pre-training exercises to use to increase your child's understanding
  • Which supplies you'll need and where to purchase them
  • How to set up for the big day
  • Step by step instructions for the big day
  • How to handle accidents
  • What to do during the follow-up week

Monday, March 14, 2011

Superb Daddy! (Go PKM 2011-18 until 20 Feb 2011)

Tq a lot, abah for supporting mama during my teambuilding. The 2nd sacrification from abah after maternity leave.

Huhu, tak sangka abah dpt menjaga 2 orang anak sekaligus. First time abah dpt jaga. Agak tight juga schedule mama masa teambuilding, dr 8 pg sampai 5ptg. Macam hari kerja pula, padahal buat teambuilding masa weekend. Alhamdulillah kali ni agak jauh dr hiruk piruk bandar, dapat la merasa duduk di Hotel Royale Bintang Seremban.

Hari 1st agak lambat dapat kunci dr hotel.  Pukul 3.15 ptg baru dapat, itu pun bila kita sendiri direct dgn receptionist, bg alasan ada baby kecik. Alhamdulillah, dapat juga kunci akhirnya walaupun terpaksa berlari-lari ke bilik mesyuarat. 3.30 petang dah start buat discussion.Yang kelakarnya, terpaksa minta Syazwan suami k.Sha pegang Husna sebab Nazhan dah penat, nak duduk kat stroller. Takde sape nak angkat Nazhan duduk kat stroller sebab abah pergi parking. Kalut juga Syazwan pegang Husna...xpela Syazwan, kena belajar2 pegang baby.

Alamak!!! Fridge xsejuk. Cam mana nak simpan stok EBM? Adus!Lepas je discussion, mama terus berlari2 anak ke lobi, tanya if bole simpan stok EBM kat fridge diorang.Sebaikla boleh. Hihi, mama siap buat label, 3 botol stok EBM kat fridge, 2 icepack pula kat freezer. Pukul 8pm hantar ke cafe, 8pg esok amik.Kami turun agak awal, 7pm ke cafe. Bajet2 mkn awal,dpt solat Maghrib awal. Rupanya,bila dah ada anak ni, selalu tak ontime.Ingatkan kunci tinggal kat meja makan kat cafe,sian abah pi ke cafe. Nazhan pula dah nangis2 dpn lif, siapla...org kat level 7,semua dgr Nazhan nangis.Haha..bila cek2 ada kunci kat stroller Husna.. Ayo,mama abah memang KALUT!

Malam Jumaat, ada jugakla activity utk abah lps seharian kena jaga anak :p. Kami ke Melaka utk naik Night River Cruise. Agak penat juga sebab perjalanan hmpr 2jam pergi balik. Tapi yang penting, dua2 anak mama tak meragam. Tak nangis pun. Diam je walaupun terjaga beberapa kali masa tengah tidur.

Hari ke2, macam hari pergi kerja, pagi2 dah pam.Sian abah.Mama bangun je terus mandi n bersiap. Tapi, mama sempat juga tolong abah.Mama dah masak air panas, tuang dlm termos,dah siap basuh botol Husna n Nazhan. Kira hati agak lapang juga la tinggalkan abah dengan 2 budak kecik ni.

Wednesday, March 9, 2011

Menuturkan Lima Bahasa Kasih Sayang (copy&paste from email ya!)

Posted By Abu Saif On 14/11/2010 (10:44 pm) In ATN4
“Assalamualaikum ustaz. Saya mempunyai anak berusia tujuh tahun. Apabila saya menegur kesalahannya, dia mengatakan yang saya tidak sayangkan dia serta melebihkan adik beradik yang lain sedangkan kasih sayang saya kepada anak-anak tidak berbelah bagi. Apa nasihat ustaz?”
Demikian soalan yang ditanya oleh salah seorang peserta bengkel Sinergi Keluarga Bahagia anjuran bersama Nisa’ Titiwangsa, Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Yayasan Selangor, semalam. Program ini terhasil daripada inisiatif YB Dr. Lo’lo’ Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang menghubungi saya melalui Twitter menyatakan hajat besarnya mahu mengadakan sebuah program kekeluargaan terutamanya bagi penduduk sekitar Parlimen Titiwangsa yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Alhamdulillah.
Soalan dihantar dalam bentuk nota dan ia bagus kerana di dalam program yang membabitkan hal-hal kekeluargaan, biasa sekali peserta segan hendak bertanya kerana tidak mahu kondisi rumahtangganya ‘dinilai’ oleh peserta-peserta lain.
KASIH TANPA SYARAT
Mendisiplinkan anak-anak lebih mudah jika anak mempunyai tahap emosi yang baik.
Mereka yakin dengan kasih sayang ibu bapa kepada mereka, justeru teguran tidak ditafsirkan sebagai benci, sebaliknya pembetulan dan disiplin.
Mengasihi anak-anak tanpa syarat tidak sama sekali bermaksud menjadi permisif. Anak-anak perlu didisplinkan, tetapi ia mesti SENTIASA bertitik tolak daripada rasa kasih sayang, bukannya benci. Peka terhadap intonasi dan gaya bahasa yang diguna pakai semasa memarahi anak sama ada ia terbit daripada kasih sayang atau benci.
“Kenapa tumpahkan air ini? Banyak kali emak dah tegur. Kamu ni!!!” si ibu meninggikan suara.
“Hishhh, kenapa kamu ni? Bodoh betullah, berapa kali emak nak cakapppp!” si ibu tidak begitu meninggikan suara tetapi menegur anak sambil jari telunjuknya ditujah-tujah ke dahi anak.
Nilaikan, mana satu teguran yang bertitik tolak daripada kasih sayang, dengan teguran yang terbit daripada rasa marah yang tidak terkawal hingga berubah menjadi benci.
Mengasihi anak dengan syarat, sungguh mengelirukan si anak.
BAHASA KASIH SAYANG
Keduanya, sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, anak-anak malah manusia dewasa juga mengasihi dan dikasihi dalam bentuk-bentuk yang berbeza (The Five Languages of Love for Children oleh Gary Chapman). Biar pun kelima-lima bahasa kasih sayang itu penting, namun setiap seorangnya akan lebih terkesan dengan salah satu daripada lima bahasa kasih sayang tersebut.
Bahasa-bahasa itu ialah:
  1. Sentuhan fizikal
  2. Perkataan
  3. Masa berkualiti
  4. Hadiah
  5. Khidmat bakti
Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Tetapi ramai anak yang merasakan bahawa dirinya tidak disayangi (Gary Chapman). Salah satu puncanya ialah, ibu bapa mengasihi anak-anak hanya dengan menggunakan satu atau dua bahasa sahaja.
Misalnya, ibu bapa menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak dengan ‘perkataan’ apabila selalu menyebut kepada anak-anak, “ayah sayangkan kamu semua” atau “ibu sayang Adam, sayang Anas, sayang Anis”. Jika Anas dan Anis itu bahasa utama kasih sayangnya ialah perkataan, maka ungkapan itu berjaya membantu mereka yakin bahawa mereka memang disayangi. Tetapi jika bahasa utama kasih sayang Adam ialah sentuhan fizikal, biar pun dia juga diberitahu bahawa dia dikasihi oleh ayah dan ibunya, dia tidak dapat merasakan kasih sayang itu kerana ibu dan bapanya tidak memeluk, mencium, mengusap atau bergomol dengan Adam mahu pun adik-adik yang lain.
Dalam keadaan Adam tidak yakin dengan kasih sayang ibu bapanya kepada dia, usaha mendisiplinkan anak ini menjadi lebih rumit dan mencederakan jati diri.
Perhatikanlah tabiat-tabiat anak apabila mahu mendapatkan perhatian, juga cara anak-anak menunjukkan kasih sayangnya kepada kawan-kawan atau kepada kita sendiri, teliti apakah bentuk kasih sayang yang dia minta, apakah keluhan yang sering disuarakannya, dan perhatikan tabiat-tabiatnya dalam kehidupan seharian, untuk anda mengenal pasti bahasa kasih sayang utama setiap anak.
Andaikata ia tidak berhasil dilakukan, amat malang sekali jika anda yang sangat mengasihi anak-anak, dianggap oleh anak sebagai tidak menyayangi mereka semata-mata kerana anda tidak peduli kepada keistimewaan dan keunikan setiap seorang anak yang dianugerahkan oleh Allah itu.
Sesungguhnya Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan kelima-lima bahasa cinta itu.
Baginda memang seorang Murabbi Cinta.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG




© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor