Thursday, February 17, 2011

Lepak berkualiti dengan Husna & Nazhan (aiirr dan taasiik)

Apa anda buat bersama dengan keluarga masa sabtu ahad?

Bagaimana anda mengurus masa berkualiti masa hujung minggu?

Atau, adakah anda masih masa yang hanya 2 hari itu dengan kerja bertimbun-timbun? 

Hoho! Mesti tergamamkan dengan soalan-soalan cepu emas. Peluang untuk seorang emak untuk bersama anak. Kalau dibandingkan dengan emak yang tidak bekerja pada masa dahulu yang menghabiskan 24 jam bersama anak, sekarang sangat berbeza. Mama Husna patut bersyukur kerana dapat menghabiskan masa 4 - 5 jam, pukul 6 petang hingga 10 malam bersama Nazhan. (Of course la, Husna banyak tidur pada umur sekarang). 

Mama dan abah Husna maintain bangun pukul 6.30 pagi then follow jadual weekend by default:

Waktu / Hari
Sabtu
Ahad
Pagi
Basuh mesin basuh
(baju anak & baju harian mama abah)
Sarapan
Basuh baju tangan – baju pejabat
(sental baju abah dan rendam baju mama)
Sarapan
Tengahari
Masak tengahari
Masak tengahari
Petang
Abah tidur dan berjalan – jalan
Angkat baju
Abah tidur dan berjalan – jalan
Angkat baju
Malam
Lipat baju (priority – baju anak)
Gosok baju pejabat

Melalut pula becerita… haha!

Sebenarnya mama Husna  nak bercerita yang kami sekeluarga pergi Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi (dah 2 minggu berturut – turut -hari Ahad). Tasik yang setiap hari Nazhan lalu dan kata “aiiir…tasiikk”. Of course la dalam kereta nak pergi kerja. Untuk memenuhi hasrat Nazhan yang hanya lihat dari jauh, mama dan abah merealisasikannya. 









Huhu, elemen penting dalam kehidupan; air, tanah, udara.

No comments:

Post a Comment