Item | Taska A | Taska B | TaskaC |
Kedudukan | Presint 14, Putrajaya. Berdekatan dengan rumah. | Seksyen 4 Tambahan, B. B. Bangi. 30 minit dari rumah. | Seksyen 4 Tambahan, B. B. Bangi. 30 minit dari rumah. |
Bayaran | Bawah 1 tahun: RM300 Atas 1 tahun: RM250 | Bawah 1 tahun: RM250 Atas 1 tahun: RM200 | Bawah 1 tahun: RM310 Atas 1 tahun: RM310 |
Susu Ibu | menggalakkan tapi tiada panduan Panaskan susu guna periuk Letak dalam peti sejuk bayi asyik kembung perut | langsung tak menggalakkan susu ibu pengasuh minta suruh tukar susu formula terpaksa beli cooler bag & icepack sebab malas ambil susu ibu pengasuh komen susu ibu buat bayi kembung & menyusahkan bayi asyik kembung perut | sangat menggalakkan pengasuh dilatih untuk mengendalikan susu ibu bayi tak pernah kembung perut |
Pengendalian Susu Ibu | Biarkan budak minum susu ibu sendiri 18oz utk 2bulan | Menyusukan anak semasa berbaring ditilam Bagi air masak untuk anak bawah 5bulan tanpa pengetahuan ibu 9oz-15oz utk 3bulan. (tak konsisten) | Menyusukan sambil memangku anak. Konsisten 12oz utk 5bulan |
Kebersihan | Persekitaran: agak bersih. Tingkap dibuka, dipasang aircond dan kipas. Botol: Puting botol avent sering tertukar dan agak kotor. Tetapi, bila tukar puting botol pada biasa, agak bersih. Tuala: Tak pernah sidai selepas mandi pagi dan petang. Berus gigi: Tak pernah gosok gigi selama 1 tahun | Persekitaran: agak kotor. Tingkap tidak dibuka, dipasang aircond dan kipas. Husna ada tanda merah dipipi walaupun duduk 2 bulan. Nazhan pula ada kudis kat belakang telinga. Kulit semakin kering kat siku&lutut. Botol: Puting botol kotor dan tidak dibasuh dari pagi Tuala: Sidai selepas mandi pagi dan petang. Berus gigi: Tak pernah gosok gigi selama 2 bulan | Persekitaran: agak bersih. Tingkap dibuka dan dipasang kipas. Botol: Puting botol bersih. Tuala: Sidai selepas mandi pagi dan petang. Berus gigi: ada program bagi anak bawah 1 tahun (tiada bukti kerana tidak melihat berus gigi) |
Kedudukan bayi & kanak-kanak | Bayi diletak ditingkat atas. Tiada tangga dibahagian belakang sekiranya berlaku kecemasan. | Bayi diletak ditingkat atas. Ada tangga dibahagian belakang sekiranya berlaku kecemasan. | Bayi diletak ditingkat bawah dan diletakkan pagar sekeliling. Budak setahun walaupun tidak boleh berjalan akan diasingkan. (mengikut JKM) Tiada tangga dibahagian belakang sekiranya berlaku kecemasan. |
Program Pembelajaran | Pengasuh dulu akan keluarkan permainan. Pengasuh selepas itu hanya menonton tv dan tidur. (berdasarkan pengusaha nurseri) | Nazhan diletakkan dibilik bayi kerana badannya kecil. Dia tak belajar apa-apa kecuali bermain sahaja. | Program pembelajaran yang teratur dari bayi 2 bulan hingga 4 tahun oleh kakak TAB (Tenaga Asuh Bimbing). Buktinya, Nazhan menyanyi lagu ‘Nenek sudah tua’ dan cakap ‘kuning, hijau, merah’ dalam masa 2 minggu. |
Pengasuh | Pengasuh selepas itu biarkan Husna menangis tanpa henti sampai tiada suara utk 3 hari. (berdasarkan pengusaha nurseri) 3 pengasuh akan mendera budak yang nakal, mengunci budak dalam bilik. Pernah depan mata sendiri, pengasuh pukul punggung budak, bila perasan (saya) terus cakap ‘sayang, sayang’. Sangat terkejut apabila mendpt tahu pengasuh tidak solat & tidak puasa. Maknanya, selama ni Nazhan makan makanan org yg tak puasa. (???Astaghfirullah!!!) | Pengasuh agak penyayang tetapi tidak didedahkan dengan ilmu-ilmu baru. Agak kekampungan sebab tak kisah psl kebersihan, masih menggunakan buaian dan tak didedahkan mengenai susu ibu atau cloth diaper. Penyelia mengugut kalau ibubapa banyak komen, pengasuh akan biarkan budak dan mendera budak. Pengasuh tarik muka masam utk program potty-training. | Pengasuh penyayang dan tegas dengan budak-budak. Banyak aktiviti utk budak mengikut peringkat umur sebab nampak perkembangan pada mereka. Terdedah dgn pengendalian susu ibu & cloth diaper. Siap basuhkan CD & baju budak yang terkena kencing. Ibubapa akan menerima surat dari taska bagi program 21 hari spt makan pejal (5bln), berus gigi (1tahun) dan potty training(2 tahun). |
Pengusaha Nurseri | Pengusaha tidak bekerja, menumpukan pd nurseri & tak berkahwin. Sering ambil lewa dgn apa yg ibubapa komen. Tidak beritahu pd pengasuh apa yg ibubapa komen. | Pengusaha bekerja, menumpukan pd nurseri dan hanya melawat nurseri sekali seminggu. Pengusaha terlalu bergantung pada penyelia. | Pengusaha bekerja dan menumpukan pd nurseri. Menyelidik dahulu apa masalah sebenar / komen dr ibubapa sebelum mempercayainya. Masalah dapat diselesaikan dgn cepat.(dlm ms 2jam) |
Reaksi Husna | Husna kerap kembung perut, asyik nangis malam2 dan hisap susu dengan banyaknya setiap malam. (3 minggu di nurseri) | Husna kerap kembung perut. (2 bulan di nurseri) | Husna dah tak kembung. Senang tidur. |
Reaksi Nazhan | Nazhan asyik nangis setiap malam bila pengasuh yg lama berhenti. Andaikan itu adalah perangainya sebab hampir 3 kali setiap malam menangis.Rupanya itulah reaksinya sbb kena marah dgn pengasuh. Menangis setiap kali ambil dia ms ptg sambil pegang begnya. | Dah tak nangis malam2. Semakin riang, nakal dan banyak cakap. Nampak perubahannya. Pegang tangan kakak bila sampai nurseri. | Pernah tersenyum ms malam2 (smbl tidur). Riang, nakal dan banyak cakap. Nampak perubahan bila sebut perkataan baru ‘kuning, hijau, merah’dan menyanyi lagu ‘Nenek sudah tua’. |
Tuesday, February 22, 2011
Pencarian nurseri berakhir sudah...
Saturday, February 19, 2011
Friday, February 18, 2011
Thursday, February 17, 2011
Rutin sebagai ibu bekerjaya
Menjadi seorang ibu yang terbaik untuk anaknya bukan suatu yang mudah.
Ya...saya mengakuinya.
Alhamdulillah,rezeki ya Allah berikan takkan saya sia-siakan walaupun tidak bersedia pada awalnya.
Hilmi Nazhan,sejak kelahirannya mudah untuk dijaga.Hanya perlu jaga perutnya saja!
Ketika dalam pantang, nazhan tidak banyak meragam, cuma kadangkala kembung perut..Itu bisa saja bagi anak kecil.
Sehingga sekarang umurnya 1tahun 1 bulan,telatahnya memang menghiburkan hati.
Pergilah ke mana-mana,semua orang mengakui dia seorang anak yang baik.
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kadangkala terselit rasa terkilan sebab menghantar anak ditangan orang lain.
Bukan mudah untuk menyerahkan tugas yang sepatutnya dipikul oleh ibu,diberi pada orang lain.
Rutin harian bagi nazhan hanyalah beberapa jam saja bersama ibunya.
Itu pun hanya diisi dengan tidur saja.
Kalau nak ikutkan, hanya 1jam lebih saja bersama dengan nazhan pada hari kerja.
Sedih bukan!
Bangun saja dari tidur dalam pukul 6pagi,kami suami isteri akan memasak makanannya dan dalam masa yang sama mengemas susu ibu (cooler bag&ice pack).
Ya...saya mengakuinya.
Alhamdulillah,rezeki ya Allah berikan takkan saya sia-siakan walaupun tidak bersedia pada awalnya.
Hilmi Nazhan,sejak kelahirannya mudah untuk dijaga.Hanya perlu jaga perutnya saja!
Ketika dalam pantang, nazhan tidak banyak meragam, cuma kadangkala kembung perut..Itu bisa saja bagi anak kecil.
Sehingga sekarang umurnya 1tahun 1 bulan,telatahnya memang menghiburkan hati.
Pergilah ke mana-mana,semua orang mengakui dia seorang anak yang baik.
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kadangkala terselit rasa terkilan sebab menghantar anak ditangan orang lain.
Bukan mudah untuk menyerahkan tugas yang sepatutnya dipikul oleh ibu,diberi pada orang lain.
Rutin harian bagi nazhan hanyalah beberapa jam saja bersama ibunya.
Itu pun hanya diisi dengan tidur saja.
Kalau nak ikutkan, hanya 1jam lebih saja bersama dengan nazhan pada hari kerja.
Sedih bukan!
Bangun saja dari tidur dalam pukul 6pagi,kami suami isteri akan memasak makanannya dan dalam masa yang sama mengemas susu ibu (cooler bag&ice pack).
Tak lupa juga,nazhan memang on time 'poo'.So,tukar pampers.
Pukul 7.30pagi,kami bertiga keluar dari rumah.
Abahnya akan pergi ke utara,Cyber,manakala saya dan nazhan pergi ke selatan,Bangi dan Kajang.
Semua orang tertanya-tanya kenapa saya hantar anak sebegitu jauh.
Tiada nurseri di Putrajaya kah?
Memang ada,tapi seriknya,Allah saja yang tau...
Bagi 4 botol susu,hanya 1 botol saja yang minum,ditambah dengan rashes dimuka yang hampir berdarah dan dibadan.
Masa tu badan nazhan kurus sangat,boleh nampak tulang kat badan.
Setiap malam,selang 1 jam,nazhan bangun tanpa buka mata,nangis dan menyebut mama berulangkali.
(Nazhan dah pandai panggil mama pada usia 4bulan)
Bayangkan hanya 2 minggu saja,boleh berlaku sedemikan!!
Saya hanya boleh menasihatkan pada ibubapa disana,pilihlah nurseri atau pengasuh yang baik.
Walaupun,kita sebagai ibu terpaksa melepaskan TANGGUNGJAWAB ITU,tapi pilih yang terbaik untuk anak kita.
Nurseri yang saya hantar adalah nurseri yang nazhan duduk dari 2bulan.
Jadi,selepas peristiwa ini,hanya nurseri ini yang saya percaya.
Pengasuhnya(k.su) hampir menitiskan air mata melihat nazhan yang kurus.
Percaya atau tidak,k.su menyayangi nazhan lebih dari anak-anak disitu.
Kalau saya atau k.su bercuti seminggu,pastinya k.su akan memberi mesej pada saya bertanyakan nazhan.
Kembali pada cerita tadi,perjalanan dari Putrajaya ke Bangi akan mengambil masa setengah jam tanpa 'jam'.
Memandu dengan 1 stereng adalah perkara biasa bagi saya dan memang pro.
Disitulah saya membina hubungan dengan nazhan.
Saya akan nyanyikan dia 'nurseri rhytm',berzikir,mengajar ABC dan paling penting adalah heart-to-heart.
Nazhan dah pandai tepuk tangan kalau nyanyi 'tepuk amai-amai' dan genggam tangan bila 'cak-cekur'.
Yang terbaru adalah 'atas bawah' iaitu mendongak atas bawah dan 'kiri kanan' untuk menggeleng kepala.
Kadangkala,saya sampai tidak tau untuk menyanyikan lagu untuknya apabila semua sudah diulang setiap hari.
Tapi yang pasti,nazhan suka dengar bunyi binatang cam lagu 'O Mc Donald has a farm,iya iya ooo'
"he has a cow/hen/bla',lepas tu bunyi binatang.
Tapi kadang-kadang nazhan menangis dan susu dah habis.
Saya akan panjangkan tangan untuk mengambil susu kat dalam cooler bag semasa traffic light merah.
Then,akan membuka botol yang penuh dengan kosong samada ketika diroundabout atau ketika kereta sudah berjalan.
Saya tidak tipu.Ini adalah realiti.Pernah juga hampir terlanggar kereta lain.
Susu masih sejuk tapi saya terpaksa bagi kat dia sebab saya tak mampu dengar tangisan dia berpanjangan.
Alhamdulillah,nazhan hanya menghisap susu tanpa banyak ragam.
Ada juga sekali -sekala nazhan mencapak botolnya,dan saya akan mengutip tanpa mengira tengah berhenti atau tidak.
Ketika nazhan sedang demam kuat 40c selama 2minggu,2-3 hari saya berulang-alik ke nurseri dia.
Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya saya bila dia meraung kuat tanpa henti selama setengah jam.
Alhamdulillah,hanya sekali saja peristiwa ini berlaku.
Nazhan hanya minum susu badan saja,tanpa campur dengan susu formula.
Rutin saya tengahari dan petang akan pam disurau dan susu tersebut akan diberi pada keesokkan hari.
Itulah antara sebab nazhan banyak mendengar kata kerana susu datang dari ibunya sendiri.
Susu manusia hanya untuk manusia. Hanya manusia saja hidupan yang mempunyai pilihan untuk memberi susu sendiri atau
susu lembu pada manusia.Ini antara kata-kata konsultan laktasi, Rita Rahayu.
Alhamdulillah susu untuk nazhan mencukupi sampai saat ini dan ada lebihan untuk stok akan datang.
Itulah rutin saya sebagai ibu yang bekerja pada Hilmi Nazhan.
Terselit kekecewaan dalam diri bila tidak mampu untuk mengasuh Nazhan 24/7.
Yang pasti,saya berazam ingin mencukupkan diri dengan ilmu untuk mendidik anak saya.
23 Oktober 2009.12 tengahari.
Lepak berkualiti dengan Husna & Nazhan (aiirr dan taasiik)
Apa anda buat bersama dengan keluarga masa sabtu ahad?
Bagaimana anda mengurus masa berkualiti masa hujung minggu?
Atau, adakah anda masih masa yang hanya 2 hari itu dengan kerja bertimbun-timbun?
Hoho! Mesti tergamamkan dengan soalan-soalan cepu emas. Peluang untuk seorang emak untuk bersama anak. Kalau dibandingkan dengan emak yang tidak bekerja pada masa dahulu yang menghabiskan 24 jam bersama anak, sekarang sangat berbeza. Mama Husna patut bersyukur kerana dapat menghabiskan masa 4 - 5 jam, pukul 6 petang hingga 10 malam bersama Nazhan. (Of course la, Husna banyak tidur pada umur sekarang).
Mama dan abah Husna maintain bangun pukul 6.30 pagi then follow jadual weekend by default:
Waktu / Hari | Sabtu | Ahad |
Pagi | Basuh mesin basuh (baju anak & baju harian mama abah) Sarapan | Basuh baju tangan – baju pejabat (sental baju abah dan rendam baju mama) Sarapan |
Tengahari | Masak tengahari | Masak tengahari |
Petang | Abah tidur dan berjalan – jalan Angkat baju | Abah tidur dan berjalan – jalan Angkat baju |
Malam | Lipat baju (priority – baju anak) | Gosok baju pejabat |
Melalut pula becerita… haha!
Sebenarnya mama Husna nak bercerita yang kami sekeluarga pergi Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi (dah 2 minggu berturut – turut -hari Ahad). Tasik yang setiap hari Nazhan lalu dan kata “aiiir…tasiikk”. Of course la dalam kereta nak pergi kerja. Untuk memenuhi hasrat Nazhan yang hanya lihat dari jauh, mama dan abah merealisasikannya.
Huhu, elemen penting dalam kehidupan; air, tanah, udara.
Husna dah tumbuh gigi & meniarap ( 4 bulan setengah)
Sebagai ibu bekerjaya, bukanlah satu alasan yang sambil lewa untuk tidak mengetahui perkembangan anak-anak. Haha! Same goes with me! Pelik bila Husna geram untuk gigit sesuatu sehinggalah pada 9 Jan 2011 (Sabtu) baru realized that Husna dah nak tumbuh 2 gigi! Haish, Husna baru je 4 bulan setengah! Nazhan 8 bulan baru je tumbuh 1 gigi. Then, dia pun demam. Husna langsung xde sign yang menunjukkan dia dah nak tumbuh gigi. Cuma, air liur Husna memang banyak.huhu! sampai kalau nak cium dia kat pipi, konfem kena lap pipi dia! Mungkin disebabkan kegatalan pada gusinya.
Lagi satu kes yg mama Husna tak realizes sampailah checkup monthly kat klinik kesihatan, putrajaya masa 4 bulan. Seperti biasa, check up kat klinik kerajaan bayi akan diperiksa secara menyeluruh. Memang tabik spring pada klink gomen! Nurse bertanya samada Husna boleh meniarap dan angkat kepala.
Mama Husna: Eh, budak 4 bulan dah boleh meniarap ke?
Nurse: (terus ambil Husna) Tegap badan dia ni! Wah kepala pon dah boleh angkat.
Husna: (Tunjuk ke’terror’an. Mengiring tanpa dibantu dan angkat kepala)
Nurse: Ok, Husna. Nanti kita execise lagi.
Haha..see, dah ada sorang anak sebelum ni pun, boleh lupa perkembangan anak. Yang bestnya, Nazhan akan bagi semangat pada Husna, “addiik Uunaa” dengan meniarap cam Husna juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)