Monday, January 3, 2011

Kelahiran Nabeelah Husna ~ 9 Ramadhan

Alhamdulillah berkat doa ibu, Nazhan menerima adiknya, Nabeelah Husna dengan mudah. Pada awalnya, Nazhan agak keliru apabila dia disuruh mencium adiknya ketika di hospital. Namun, Nazhan akan mencium adiknya apabila disuruh. Hari-hari pertama Nazhan bersama Husna menunujukkan tindak balas yang agak agresif apabila Nazhan hanya mahu abahnya sahaja. 



Hari kedua hingga ke sepuluh, Nazhan menunjukkan aksi cemburu apabila mula memukul kepala dan badan adiknya atau kadangkala merampas bantal adiknya ketika tidur. Aku mulai risau untuk berpantang tanpa kehadiran ayahnya. Seperti yang dijangka, aku bagaikan lipas kudung apabila kalut memandikan Husna, melayan Nazhan makan, memandikan Nazhan apabila ayahnya tiada pada hari ke10. (Kebetulan aku bersalin pada Rabu dan Khamis minggu hadapannya adalah cuti umum).

Hari ke10
Penyelesaian? Aku berada antara dua pilihan sama ada duduk dirumah ibuku di Shah Alam atau dirumah sendiri, Putrajaya. Memandangkan Nazhan yang tidak biasa dengan ketiadaan kawan-kawan, aku dan suami mengambil keputusan untuk menghantarnya nursery. Manakala, aku akan berpantang seorang sementelah aku pernah berpantang bersama ibuku. Aku harus bersyukur dengan adanya suami yang SANGAT MEMBANTU. Suami yang sanggup berpenat-lelah memasakkan makananku sekembali dari kerja. Suami yang pandai memandikan bayi yang masih kecil (seminggu pertama). Dan tidak lupa suami yang sangat mengambil- berat tentang kami bertiga ketika dalam pantang. Aku sangat terharu apabila dia menjawab “Ketika dalam pantanglah, abah dapat membalas jasa mama yang sanggup berkorban pasal kerja”.


Alhamdulillah, Nazhan semakin kurang agresif terhadap Husna. Ketika kami berempat di rumah sendiri, aku semaikan kasih sayang Nazhan pada Husna. Nazhan semankin rapat dan menyayangi adiknya. Tidak lagi mengambil bantal adiknya atau memukul kepala adiknya. Nazhan sudah pandai memangku Husna. (Pastinya saya akan mengawasi mereka!). Nazhan pun sudah pandai menyebut ’ad diik’ dan akan memeluk adiknya selepas pulang dari nurseri.

Hari ke 20
Kami sekeluarga pulang ke Shah Alam memandangkan Aidil Fitri akan menjelma. Tiada tema baju pada tahun ini memandangkan kami sempat membelikan baju raya Nazhan sehari sebelum pulang kampung. Lawaknya, suamiku membongkar almari untuk mencari baju melayunya ketika zaman menara gading. Baju raya Nazhan bewarna kuning, abahnya pula bewarna oren. Sebaiklah aku sempat belikan baju skirt Husna bewarna oren. Kiranya ada 2 tema warna pada tahun ini!



Pada malam raya, Nazhan dan abah pergi berselawat dikawasan perumahanku sambil menggayakan baju maghribi. Bersama Raina Humaira’, Hilmi Nazhan meriuhkan suasana dirumah ibuku. Masing-masing berebut untuk mencium Nabeelah Husna, mengaku bayi itu adalah adik mereka. Yang pasti, Nazhan selalu mengalah dengan Raina. Raya ke4 hingga ke7, aku dan Husna tinggal bersama keluargaku disebabkan Nazhan dan abah pergi beraya disebelah Ipoh dan di Cameron Highland.
Tahun 2008 dan 2010, pastinya aku beraya Eid Mubarak di Shah Alam bersama bayi kerana kedua-dua anakku lahir pada 9 Ramadhan. Tiada pilihan kerana aku masih 21 hari dalam pantang ketika raya kunjung tiba.

Hari ke 30
Aku semakin sihat dan segar. Sekembalinya aku dari Shah Alam, aku mampu menyidai baju di ampaian luar, mengemas rumah, menyapu dan mengemop lantai dan memakaikan Husna dengan Cloth Diaper (100%). Cuma aku masih tidak berani untuk memasak kecuali masak nasi. Semua makanan aku dimasak oleh suamiku. Nazhan semakin petah bercakap, ”abah, mama, adik” sambil membayangkan keluarga bahagia kami berempat. Nazhan kerap mencium adiknya dan mahukan adiknya berada diatas pangkuannya selalu.

Hari ke44
Kami bertolak pulang ke Ipoh, kampung sebelah suamiku pada hari ke44. Pada awalnya, Nazhan duduk diam di car seat sehingga sejam selepas itu. Namun, mulai gelisah dan nangis dengan kuat selama setengah jam. Ketika itu, kami berada di highway, tidak mungkin untuk kami berhenti ditengah jalan. Tangisan Nazhan berlanjutan selama sejam. Aku dan suamiku tidak tahu apa kehendaknya. Semua benda yang diberi, ditepis kuat. Aku sudah kering akal. Solusi terakhir apabila meletakkan adiknya diatas riba, barulah Nazhan diam sambil nangis tersedu-sedu. Sehinggalah Nazhan tidur, adik masih dipangkuannya.


Pagi sebelum kami bertolak pulang ke Ipoh, kakak iparku baru sahaja melahirkan anaknya yang keempat, anak laki, Mior Muhammad Miqdad. Ketiga-tiga anaknya adalah perempuan sebelum ini.

Selesai aku berpantang, emakku berasa sedih kerana tidak dapat menjagaku sepenuhnya disebabkan halangan dari kesihatannya. Aku berkata pada emakku, ”Islam tidak mewajibkan seorang ibu untuk menjaga anaknya ketika dalam pantang. Ia adalah adapt Melayu yang diwarisi turun temurun.”

No comments:

Post a Comment