Saban tahun aku mengeluh membayangkan kontrak setahun aku tidak diperbaharui. Berhempas-pulas aku membuat kerja, namun kerja aku tidak dihargai kerana aku tidak memasukkan elemen 'membodek bos' dalam tugasku. Sekiranya hal itu salah, aku dengan lurusnya aku mengatakan salah. 1 + 1 = 2, bukan 1000. Selagi ia tidak mendatangkan objektif, maka aku akan pangkah. Itulah dunia kerjaya aku yang aku harungi setiap hari. Bila penghujung tahun menjelang, pastinya aku akan menghubungi kawan-kawan untuk menjadi penolong penyelidik (RA) di universiti. Hampir 3 tahun aku di sini, setiap kali kontrak aku tamat, hatiku gusar membayangkan aku akan berhenti kerja. Lebih dari 5 kali aku menemuduga, namun rezeki untuk menjadi staf tetap belum sampai. Bahagian HR perlukan khidmatku, namun awal-awal lagi bosku sudah memberitahu bahawa aku pekerja yang tidak produktif walaupun prestasi kerja memang baik.
Status kontrakku membuat aku gelisah:
- Tak boleh buat loan
- Rasa nak berhenti kerja..sebab bos yang xbest
- Sentiasa rasa tak selamat saban tahun
- Kena lakukan kerja sampingan seperti menulis buku atau berniaga (tengok perancangan utk tahun 2011 yang tidak diikuti.. :) )
- Tak tahu masa depan..tak tahu nak jadi apa sebab xpakar dalam satu2 bidang
Kebaikkan kerja tempat lama:
- Masa yang sangat fleksible..boleh datang lambat kalau pagi tu ada temujanji dengan klinik kesihatan
- Cuti yang banyak,25 hari..sampai boleh claim..boleh amik EL kalau anak demam
- Ada aktiviti islamik macam ihya ramadhan, nuzul qur'an, maulidur rasul
- Kawan-kawan yang sangat ramah...haha,terlebih ramah
- Lokasi kerja yang berdekatan dengan nurseri dan rumah
Dari situasi senang, aku berhijrah ke situasi yang agak sukar. Aku mahu TUKAR KERJA walaupun ia adalah cabaran untuk aku sebagai mak. PELUANG ITU HANYA SEKALI. Walaupun pahit untuk aku membuat keputusan, tapi itulah yang terbaik untuk aku, masa depanku dan keluargaku. ALHAMDULILLAH! Aku dapat peluang untuk menjadi ASSISTANT PROJECT MANAGER di salah sebuah software house di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Aku akan melakukan dengan bersungguh-sungguh untuk diserapkan sebagai staf tetap.
Kebaikkan vs keburukan:
- Lokasi jauh buatkan susah utk lawat anak atau hantar susu kalau susu tak cukup (sebaik husna dah setahun...kira point tak valid)
- Lokasi jauh dan selalu 'jam', tapi anak tak bawa sekali (kira point tak valid)
- Gaji agak tinggi tapi kena income tax yg boleh tukar jadi zakat (kira point tak valid)
- Kenaikkan gaji setiap tahun agak tinggi berdasarkan prestasi...dan dapat cover balik tol & minyak (cover balik no 1 & 2)
- Kerja yang sangat SPECIALIZED
- Yang penting adalah TETAP..
Jadi bila fikir2 balik, lagi banyak kebaikkan dari keburukan bila tukar kerja baru..
Hasnah~counting the days~ 5 Sept 2011!
No comments:
Post a Comment