Alhamdulillah walaupun ibubapa bekerja, namun anak masih dapat menerima pembelajaran hands-on dari kami. Or else, maybe after tukar nurseri yg berorientasikan islamik, Nazhan sbg abang sulung menerima ajaran langsung dari empunya taska humaira, Maknah @ Hasnah Ngah. Abah akan pergi Masjid Dato Abu Bakr Baginda nak solat terawih. Mama or umi pula akan solat di rumah sambil menjaga anak-anak. Sangat terharu coz Husna n Nazhan akan bermain sesama mereka yg kdg2 terpaksa tahan gelak tanpa mengacau mama solat. Alhamdulillah masih dapat mengerjakan solat terawih sendirian...moga2 dapat pahala kerana menjaga 2 orang khalifah Allah sambil melakukan ibadat.
Semalam 3 Ramadhan 1432H or 3 Ogos 2011: (adik tidur kepenatan slps mkn drumstik ayam organik Zain)
Mama: Oklah, abang. Mama solat dulu tau. (selepas melayan dia main hampir setengah jam. Masa tu dah 9.15pm).
Nazhan:Abang nak amik wudu'. Nak solat.
Mama ambil wudu sebab Nazhan leka dgn mainan. Tetiba, pintu terbuka, Nazhan nak ambil wudu'.
~Sesi ambil wudu' dgn Nazhan.
Nazhan: Mama, mana songkok abang? Abang nak solat ni.
~Mama pun ambil songkok yang dihadiah oleh Pak Teh. Sambil tu, Nazhan pergi ke meja solek dan ambil muqaddam. Muqaddam tu mama punya masa kecik2.
Mama: Ni songkok abang. Jom solat dengan mama.
Nazhan: Nak amik wudu'. Nak solat. Nak baca qur'an..
~~Bangga hati mama, moga Nazhan jadi anak soleh!!~~
Mama:Nazhan dah amik wudu'. Kan tadi amik dengan mama.
Nazhan: Nak baca qur'an. alif ba ta tsa jim ha kha.. (Haha,berguling2 Nazhan baca muqaddam kat atas katil)